Posts

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....

Image
 Pekerjaan 3 hari mama di kolej. Ini terapi. Ini cara mama. Mama bukan hebat pun buat langsir ni. Belajar dan berguru. Praktis bila perlu. Dan bila berkongsi, sangat puas. Adegan ini selalunya bersama kakak2 makcik2. Syok. Very me... Dan istimewa hari ini, dari bilik tempat menjahit, nampak pulak kursus simulasi bakal jemaah haji. Sedang bertawaf. Beginilah kolej komuniti, memang untuk komuniti. Bahagia, cemburu, doa... mata berair tiba-tiba. Angkatlah mama ke sana Ya Allah. Teringin benar....

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Image
Isu anak tak makan sayur adalah isu sejagat. Malah amal dan arif juga... berlembut sudah, paksa pun sudah... Mama mulakan dengan beli benih sayur, ajak menyemai benih, menyiram, hari2 sebelun pergi sekolah wajib pergi jumpa baby pokok dulu. Sembang-sembang, siram-siram. Balik sekolah juga. Rama-rama, belalang juga datang berkawan dengan amal arif. Juga ulat.Dan mama mula sedar, ini dunia mama dulu. Dunia yang mama boleh beri kepada amal arif dengan izin Allah. Indah. Mereka tinggalkan tv, lupakan ultraman tuga, dyna, orb dan sepupu yang lain, juga tidak pun mintak fon mama. Berbunga, dan berbuah si bendi. Excited memetik. Excited melihat mama masak. Dan makan. Ya. Amal arif makan sayur. Benar. TQ ALLAH. Dan projek usahawan tani cilik itu mama bawak ke sekolah abang. Semua anak excited. Dugaan sedikit, benih tidak bercambah. Kita cuba lagi ye anak-anak. Semoga Allah beri izin.

Terima kasih suami kepada seorang ibu menyusu...

Image
Assalamualaikum Team menyusu? Apakah? Mereka adalah rakan sokongan.  Tanpa team yang kuat, tak mampu pun nak buat seorang. Suami. Penyokong paling kuat. Paling penting. Bukan sahaja sokongan dia penting, restu dan doanya yang lebih utama. Mama akui mama boleh menyusu anak kerana izin ayah. Pelbagai cara nak bantu isteri menyusu sebenarnya. Lain orang, lain personalitinya. Jika suami kawan boleh bangun malam teman isterinya menyusu, siap bancuh air lagi, kita jangan la duk terliur air juga. Itu suami dia. Lain la kalau kongsi suami.. Ayah totally bukan itu orangnya. Masa bersalin abgamal, ayah hantar mama check in wad pukul 12 tengah malam..setel mama baring dalam wad, everything ok, dan nurse mensyaratkan suami tidak boleh menunggu, maka ayah pun pulang ke rumah untuk tido enak merentasi Highway Karak pada jam 2 pagi. Esok pagi pukul 8 dah sampai di wad, kejarkan jadual czer seawal 8 pagi itu. Nampak kan kehebatan mahu tidur selesa ayah.  Pulang ke rumah u...

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Image
Assalamualaikum Berkerjaya. Masa untuk anak sangat terbatas. Maka kena buat baucer la, redeem bila ada masa. Redeem kualiti masa bersama . Jarang pun kami ni bercuti. Selalunya balik kampung je. Bila dah sampai kampung, mama memang sejenis malas nak berjalan. Tapi cuba sebaiknya penuhi masa kualiti anak. Cubaan memancing telah dilakukan. Korek cacing buat umpan, sedih. Mama, nanti kalau dia cari mama dia macamana? Tak pe, ayah ada korek mama dia sekali, ada dalam bekas ni. Angguk faham keduanya. Mana mungkin pisahkan anak & mama. Part tunggu pancing dimakan, keduanya tewas. Mama, jom la balik. Maka ini yang terakam. Tak sempat nak snap pic seperti di bawah ni.  Usaha nak bawak memancing ni, mahu diselitkan kisah SOD BA RO. Belum berjaya. Mendidik sabar perlukan kesabaran. Sila usaha lagi mama dan ayah.

Cabaran menyusu: puting luka

Image
Assalammualaikum.. Puting luka. Sakit teramat sangat setiap kali anak nak mula menyusu. Ketar kaki tatkala lidah anak menangkap puting. Kaki ditendang-tendang menggelupur, namun waras aqal badan menten je beri anak menyusu.  Mama 3 kali beranak, 3 kali juga mengalaminya. Semasa kakaknia, hari ke 2 lahirnya kakaknia melarat-larat hingga balik ke rumah, sehingga sakit jadi imun yakni luka masih ada,sakitnya tahap maksima sehingga tidak ada rasa sakit lagi.  Kelahiran abangamal, mama sudah study. Membaca setiap hari, ada jugak pergi kelas-kelas penyusuan. Malah nurse di klinik kesihatan juga ada kongsikan. Tapi dalam kepala masa tu, memang syringe la puncanya, so takkan buat lagi. Lagipun masalah tiada puting telah diatasi, kakaknia dah bantu sepanjang kakaknia menyusu. Puting sudah terbentuk. So dengan yakinnya konfem takkan luka dah. Rupanya tidak. Hari ke tiga, juga belum discharged, masih di wad, puting kembali luka. Berpunca dari membengkak, kerana susu mulai banyak pad...

Cinta . Kasih . Induksi menyusu .

Image
Assalamualaikum "Mama nak balik, biar anak je duduk hospital". Sepanjang hidup mama menyesali perkataan yang mama ucapkan pada ayah tatkala doktor khabar kakak perlu ditahan wad, jaundis meninggi diri.  Badan tidak larat, disuruh jaga anak di hospital?? Terngiang bahasa ayah membalas? "Tak sayang anak ke?" Nangis lagi. Ayah tinggalkan mama usai waktu melawat tamat. Duduk dan nangis di katil. Pekerjaan tetap mama pada waktu itu. Nangis nangis nangis. Nokia menjerit. Hujung suara membeleteri penuh kasih. "Jadi mak kena kuat". Allahuakbar. Allahuakbar. Kalah dengan mudah sedang dia berjuang mahu ketemu sang ibu lantikan Allah untuknya. Lap muka. Dalam kepayahan berjalan berpapah dinding,tangan sebelah di perut. Mencari anak di dalam baby cot dibawah sinar biru. Malam itu, pertama kali menyusui kakaknia dari hati. Seolah berada di dunia yang berbeza. Yang tinggi terawang-awangan. Indah seperti duduk bertimpuh berlapik gula kapas putih. Semalaman ti...

Comel Pipi Merah jugak....

Image
Dan sejak itu Performance Drink wajib sudah menghuni rak dapur rumah mama. Wahhhh.... sebegitu mudah mama menyambung cerita. Bila sesuatu yang meluap-luap dari dalam diri mahu diluah, begitulah sasulnya.... Maafkan. Memulakan arena penyusuan pada tahun 2010. Sangat tanpa persediaan. Sebaik melahirkan, kakak nia ditempat di nicu, lahirnya 35w dikira border premature dan dalam kategori halus comel 1.8 kgs. Nurse berpesan,mak pam susu ye, untuk bagi kat anak. ALLAHUAKBAR. mak? Kata ganti diri mahu bergelar mak atau mama atau ibu atau mommy pun belum ada. Pam? Macamana? Guna tangan pun blh... nurse sambung sementelah melihat ibu bukan muda tapi tidak berilmu ini. Tidak membacakah? Buku 36minggu indah kehamilan dikelek dibelek setiap hari. Tapi.... bukan pada muka kisah kelahiran caeserean. Muka surat TERAN JANGAN ANGKAT PUNGGUNG sahaja diulang-ulang-ulang. Ok baik, Dalam kebaringan kelaran casearean, mama mencuba. Mencuba? Menangis sebenarnya. Tidak tahu langsung bagaimana caranya....

Seronoknya menyusu di bulan puasa

Image
1 Rejab sudah. 2 bulan lagi bakal menginjak Ramadhan. Nyanyian mama untuk abg mesti bermula. Kenapa abg kena puasa ma? Sebab abg lahir dulu ke? Tapi kan kakak nia lahir dulu. Dah namanya adik beradik, tiada depan mata juga dicemburui. Kerana abg dipilih Allah.  Cuaca panas benar sekarang. Nenek kat kampung pun pasang aircond dalam bilik untuk cucu. Teringat suatu masa bergigih menyusu mereka dalam bulan puasa. Allahuakbar. Balik kerja pukul 5.30 sampai rumah, dah rutin keduanya setengah jam masa untuk mereka. Mama puasa ni dik,sikit dah la...dia balas senyum meleret. Adoi... mama is melting.... sila kan la nak...silakan.... "Boleh kan bang buka puasa kalau mama tak larat. Anak menyusu kuat".....emoticon gigi rapat.😬  Ayah jeling.😶 Ayah jarang bagi suara dia,kecuali bila perlu. Lama dia senyap.  "Dah usaha?"serius mukanya. Gulp. Mama pulak senyap. "Jaga makan minum bagi badan sihat, badan cukup air,support dengan air vitamin ke.......

Anak, mama mendoa...

Image
Nah di depan mama kira bahaya. Dan kalian bukan lagi atas dukungan. Cantik kat sana mama!! Benar.... sana yang terang, cantik..tapi sini pun cantik jugak kan,rumput hijau je.... tapi abg suka biru la ma...adik? Adik pun suka biru. Belum pasti apa,tapi abg penunjuknya. Bukan lagi mama. Cepat awak tinggalkan mama dik, belum genap setahun pun wean off adik, adik sudah berkiblat abg.. Rebranding sudah kertas putih ini hari ini. nurrania.anugerahterindah mama simpan kemas dalam-dalam. Kenal blogspot sebaik melahirkan, 8 tahun sudah berlalu. Kini mamamendoa mama kira paling tepat gambaran hati mama.  Di hadapan masih panjang buat abg dan adik. Mama pandang dua tapak tangan berkali-kali. Terlalu kecil untuk memimpin kelangsungan perjalanan kalian. Tapi dulu dijanji mereka mama lah lantikan Allah untuk menjaga kalian. Mama mendoa,tapak tangan ini menadah... fasa mendodoi abg masuk tahun terakhir. Silibus tahun depan pasti berbeza untuk abg. Kita tempuh dan kuat bersama...
Image
Akhirnya.... Alhamdulillah... Lama benar mama biarkan berhabuk aktiviti yang mama buat tiap2 hari dulu.. Kenapa? Mmmm.... serius tak sempat..tapi terasa ruginya aktiviti abg dan adik tiada dihitamputihkan... ye adik...ni post pertama adik dh jd abg,dan adik baru muncul...kakak tetap kakak... kakak tetap terpahat di hati kami2... Mama janji akan update selalu...

kasih sayang yg Maha Pengasih Penyayang

Image
Assalamualaikum.. Sgt terkesan di hati dihadapan tv adik tanya....mama nangis ke... pertama kali adik melihat mama dalam keadaan mcm 2.. Allah sdg menguji kita.. MH17 ujian Allah utk kita semua,bkn familinya shj... Mama akui setiap kali smp ke penetahuan mama tentang pemergian anak2 kecil,mama sepantas kilat akan pm ibunya..menyatakan betapa Allah syg anak kita.. Tp yg ditinggalkan ini adalah anak kecik..ditinggalkan tanpa ruang memeluk n menatap.. Subhanallah... bgn lah syg,Allah mengangkat mamamu dgn sgt hebat..mengangkatnya peri dgn doa jutaan umat..pastinya kamu beruntung di pilih Allah menjadi anaknya yg doa tdk pernah akan Allah hentikan dr mu anak soleh untuknya... Saat kakaknia ke syurga Allah,jika ditanya apa yg plg mama ingati... mama sgt menghargai hadiah Allah berikan utk menyempurnakan pemergiannya dgn tgn mama sendiri..mendukung saat kaki terawang melangkah ke bilik mayat hospital yg sepatutnya kakak dibawa oleh petugas hospital tg tlh dtg membawa troli utk...

Keindahan melahirkan: sembelit & susu kambing wildan

Image
Keindahan meminjam Nur Rania.. keindahan meminjam Amal Ashraf.. Tiba masanya menyempurnakan rancangan hati memohon Allah meminjamkan adik2 buat anak2 hebat mama... ikutkan hati setiap tahun mama nak je beranak...itu hati mama,niat mama...hihi..tak discus dgn ayah pun...malu nak discus bab2 ni.. Clinically,mama perlu gap sbb mama czer..ramai yg berjaya wpun czer jgk..tp mama berhasrat sempurnakan tempoh penyusuan 2 thn anak2 mama..ditambah dgn history prnh miscarriage,risiko utk berulang jika mengandung dan menyusukan anak.. kerana itu adik berusia 2 thn barulah kembali merancang mengulangi saat lembik yg indah mengandung... Mama dinasihat doktor cucuk rubella dulu sbb proceed next pregnancy.. Alhamdulillah done..dan skrg melalui tempoh menunggu sblum blh pregnen..tak mengapa..perancangan manusia sebegitu,Allah jua penentu segalanya..mama ikutkan sedaya upaya dgn doa tanpa putus semoga Allah permudahkan setiap urusan ke syurgaNya tempat kakak bermain... Teringat saat indah mela...

Adik: 'susu toi' susu kambing Wildan

Image
Assalamualaikum Terima kasih Allah.. Berkesempatan mama,ayah n adik berRamadan n berhari raya dgn semua anugerah Allah,pencinta kakak jgk.. tok,tokwan,nenek,atuk,maklong,babah,acik,au,makngah,pakngah,paksu,kakak dina n abg ish..keluarga kecil kita, penuh doa n kasih syg.. Indah kakak beraya di sana,tmpt plg hebat manakan sama dunia yg penuh ujian ini kan syg nur rania mama.. Pernah sekali kita beraya bersama,thn ini thn ke2 adik berpuasa n berhariraya.. Raya yg semakin hilang seri,semakin rs sayu hati meninggalkan ramadhan.. Faktor usia mungkin...terima kasih Allah benarkan rasa sayu menerjah hati..mengizinkan mama rasa manis Ramadhan... Tentang adik yg mama janjikan:bagaimana usaha yg saban hari mama fikirkan utk mula hentikan breastfeed utk adik.. setelah adik mula selesa n jatuh cinta dgn susu kambing Wildan, mama nekad tanggal usia adik 2thn 2 mggu... .....Bismillahirrahmanirrahim.... Memberitahu adik mama sakit nenen..mama mula hentikan aktiviti mengepam menyebabkan ...

Adik 2 thn: susu kambing wildan

Image
Assalamualaikum Sgt lama mama x update blog kakak ni kan...bkn lupa bkn xingat...tanya pd hati,nur rania mama cintanya masih seutuh dulu...mama akui kematangan mama melalui tempoh pengajaran tanpa nia di sisi byk mendewasakan setiap tindakan mama...kemanisan sebuah perpisahan sementara yg xmampu mama luah pd sesiapapun... Adik pun dh 2 thn dh..alhamdulillah,sgt cpt adik membesar..wpun mama still rs adik masih baby,spt br je mama bwk blk adik ke umah lps discaj czer ari 2... Alhamdulillah hajat mama sepenuhnya menyusu adik selama 2 thn diqabulkan Allah....terima kasih Allah menyempurnakan impian mama... Juga sgt teringin di hati memeriahkan adik2 utk kakak nia...adik2 yg mengenali kakak nia seolah mereka biasa bermain bersama...Menjangkau ke usia 2 thn usia adik,mama sudah berkira-kira utk wean off adik...sbg permulaan acara utk mama pregmen lg dgn izin Allah,insyaallah...ligat mama fikir  bagaimana caranya... Mama kongsikan bagaimana ia bermula: Genap usia 2 thn,mama m...

Adik syg kakak..

Image
Assalamualaikum.... Adik tau dia adik...adik tau kakak di sana...sbb 2 adik kena main sorg kat umah... sbb 2 kalau mama cium adik, mama akan ckp mama syg adik, syg kakak... dan sdg adik tersenyum naik merry go round, mama tau kakak pun sgt hepi naik merry go round di sana... dan adik mengejar, menahan, memegang, membelai, mencium insan lain sebaya kakak... 'anak org dik...takut org mrh..' 'anak sulung ke?'...sgt kerap soalan itu, di kedai mkn, di mall, di pasar mlm, di mana2 shj..mungkin semua parents yg bw seorg anak akan berdepan soalan ini... 'tak, 2nd'...... sepi seketika...hati n minda mama sdg bersedia soalan seterusnya... 'yg sulung x ikut ke' 'yg sulung lelaki ke perempuan' 'yg sulung bsr mana dah' Di syurga, sdg berbahagia.....

NiAmal krn Allah

Image
2thn sdh berlalu sejak kali terakhir doc menepuk bahu mama meminta mama bersedia..mama pilih memangku kakak..mama pilih susukan kakak..mama pilih memeluk kakak..mama pilih Allah mudahkan utk kakak..mama pilih reda utk kebahagiaan teragung kakak..kerana mama pilihan Allah utk mengandung,melahirkan, mencintai kakak dgn kehebatanNya... soalan seseorg btl2 membuat mama sedar kesilapan lalu..syg anak sgt?ye..sgt2 ke?angguk lg..sgt2 amat?skrg hati mama menjawab, ye kerana Allah..jwpn yg tidak lintas di hati terdahulu... jwpn mama kini tetap,pasti dan takkan berubah:mama cintakan kakak dan adik kerana Dia...

tak pernah dan tak akan...

Image
Kenapa mama upload gmbr kakak yg ni?? sbb si kecik hensem kakak yg tgh tdo sblh mama skrg ni pakai bj kakak pakai ni Mana pernah mungkin lupa,tidak akan pernah walau sesaatpun...mana pernah mungkin dalam senyum dan tawa mama, mama lupakan kakak...tambah yg mama tatang,mama peluk, mama cium setiap masa ni adik sehebat serupa seiras seindah kakak...org kt mama semakin mampu melupakan,org salah, hakikatnya mama semakin gembira mengingati, mendoakan, merindui kakak di sana...terima kasih Allah kurniakan mama keindahan Nur Rania di sana yang sgt hebat, kehebatan Amal Ashraf di sini yang sgt indah...

Ibu & abg iman; kakak & adik

Image
Ibu kakak nia Ibu adik amal..bkn main suka adik dgn ibu dia..    Lamanya xbercerita di sini..bukan lupa, bukan sengaja..tp xtau nk log in mcmana sejak dah tukar template ari 2..nasib baik ibu abg iman ada..ibu mmg sentiasa ada utk mama,kakak n adik..Allah utuskan ibu utk mama sejak mama kecik,skrg n mama tau selamanya ibu ada utk mama...kami berlainan karekter,kami bebas terbang belajar dan bekerja, tp sesekala, kami akan report each other update status terkini...kakak nia prnh dipeluk cium ibu semasa hayatnya...ibu menangis bersama mama menyaksikan perjuangan kakak nia dr kejauhan, ibu kucup kakak nia sebelum kain putih menutup wajah kakak nia utk tatapan kami buat kali terakhir...dan walid adalah insan yang volunteer utk bersama ayah di lahad utk menyimpan kakak di situ...mama saksikan detik itu..abg iman hugs ayah, terasa spt pelukan pertama kakak nia utk ayah.. abg iman yg byk akal Alhamdulillah anak2 mama xpernah surut kasih dan sayang, sgt mewah...2...

Kerna kasihkan R.A.N.I.A.M.A.L

Image
semua pun org kata anak dara ni dan org kat blkg 2 sgt sama... n now semua pun org kata plk anak teruna mama ni sgt sama dgn driver kat sblh 2... bangga la ayah 2.. Syg buah hati mama ayah n adik,kakak nia syg…ms mama mula2 nak create blog ni, mama nak sgt berkongsi dgn isi alam, mama dilantik Allah jd mama…mama nk simpan blog ni khas utk anak2 mama kelak…erti kata lebih mudah, kelak mama meninggal pun,blog ni ada utk ceritakan cinta mama pd anak2… Hari ni, tergerak hati mama bc blk post yg sulung dlm blog ni… kerna kasihkan R.A.N.I.A …ms 2,mama nk bgtau semua org yang mama ada nia…memang blog ni segalanya nur rania…niat mama, mama coret perjalanan mama dan kesayangan2 mama di sini…dari niat berkongsi 2, bertambah kukuh bila umi aqil pun ckp dia ada blog jgk….kami saling jelajah blog masing2…umi aqil mula dgn keluarga keciknya sejak hari umi diijabkabul…dan mama…kegilaan yg lebih hanya pd nia….langsung mama x share tentang ayah kan…hehe… Sgt tidak mama duga...

Indahnya kakak nia & adik amal..

Image
kakak nia sediakan bantal ni utk adik amal...kakak nia ada bantal lain di sana... Beralaskan bantal kakak,adik amal tdo...dakap pun bantal kakak...sarung tgn pink pun kakak... bibir pun bibir kakak tidur... kakak nia syg mama...kakak nia sentiasa ada dlm setiap apa yg mama, ayah n adik lalui hari2...tidak tertinggal syg..tidak akan tertinggal sesaat pun...kdg mama terasa ingin membetulkan ayat 'adik amal pengganti kakak nia'...kakak nia tiada galang ganti, sentiasa ada dalam setiap perbualan mama dgn adik amal...kita berempat syg..mama ke pusara kakak setelah hampir 2 bln mama rehatkan rutin mama 2 selama tempoh berpantang...turun kereta, terpacul ayat,lama mama xdtg kubur nia ni...tok di sebelah seakan merajuk,mentangla mama ada adik...bkn mama ada adik,kita yg ada adik syg...Allah anugerahkan mama,ayah n nia adik seindah adik amal...