Terima kasih suami kepada seorang ibu menyusu...

Assalamualaikum

Team menyusu? Apakah?

Mereka adalah rakan sokongan. 
Tanpa team yang kuat, tak mampu pun nak buat seorang.

Suami.
Penyokong paling kuat. Paling penting. Bukan sahaja sokongan dia penting, restu dan doanya yang lebih utama. Mama akui mama boleh menyusu anak kerana izin ayah. Pelbagai cara nak bantu isteri menyusu sebenarnya. Lain orang, lain personalitinya. Jika suami kawan boleh bangun malam teman isterinya menyusu, siap bancuh air lagi, kita jangan la duk terliur air juga. Itu suami dia. Lain la kalau kongsi suami.. Ayah totally bukan itu orangnya. Masa bersalin abgamal, ayah hantar mama check in wad pukul 12 tengah malam..setel mama baring dalam wad, everything ok, dan nurse mensyaratkan suami tidak boleh menunggu, maka ayah pun pulang ke rumah untuk tido enak merentasi Highway Karak pada jam 2 pagi. Esok pagi pukul 8 dah sampai di wad, kejarkan jadual czer seawal 8 pagi itu. Nampak kan kehebatan mahu tidur selesa ayah. 

Pulang ke rumah untuk berpantang seingat mama 2 3 kali je ayah bangun malam. Selebihnya mama seorang menyusukan. Ini yang dikatakan team yang kuat?? Sebenarnya ayah laksanakan partnya lain dengan baik sekali. 

1. Memberi izin dan restu. Tiada upacara rasmi pun kata2 izin dan restu dari mulutnya. Tapi usaha ayah untuk mencukupkan mama dengan segala gadget dan kelengkapan penyusuan sudah cukup menunjukkan sokongannya. Pam, deep freezer, peti ais baru, supplements of coz Shaklee, even bantal untuk menyusu pun ada. Bukanlah maksud berduit, kami lebih memandang ini satu pelaburan menunaikan hak anak. Boleh je guna duit tu naik flight g langkawi jalan-jalan tapi kami tiada.

2. Tidak pernah sebut tentang susu formula. TIDAK PERNAH. Walaupun ayah bukan dari family yang memang susu badan atau terbiasa pasal susu badan, ayah terima dan hadam ilmu susu ibu terbaik. Tiada ayat negatif melemahkan sangat lebih baik dari ayat positif untuk menyokong.

3. Tanggungjawab. Basuh, sidai dan lipat baju ayah uruskan selama dua tahun. Eh, adikarif sudah berusia 3 tahun...ayah masih setia melakukan. Mama shut down dapur selama 2tahun tempoh menyusu, sebenarnya sejak pregnen. Hanya masak utk anak sahaja. Ayah memberi pilihan itu supaya fokus mama pada anak. Hanya setelah wean off, dapur berasap. Dan banyak lagi kerja rumah lain sebenarnya. 
Ayah buat. 

Anak-anak. Mungkin tidak lama mampunya bertinggung menemani kalian sebegitu. Sejahtera kalian dalam doanya, dalam senyapnya, dalam marahnya. 
4. Outstation. Mama sangat doa tiada outstation semasa tempoh penyusuan,tetapi adat berkerjaya, haruslah tunaikan amanah sebaiknya.  Mengangkut buaian, rice cooker, gadget2 susu lain ke hotel adalah biasa untuk mama. Mama yang lembik ini for sure tidak mampu. Ayah la orangnya yang setelkan semuanya. CRK ayah 7 ari memang standby untuk tujuan itu sahaja. Menjaga anak di hotel kerana tidur malam anak lena dalam dakapan mama adalah sangat penting. Tidak mahu rutin susunya terganggu. Terdesak jika ayah tidak dapat ikut, kami akan adjust sesiapa. Tok tokwan acik even makcik Mah tukang urut mama juga pernah menginap seminggu di The Palm Seremban. Nampak kan watak yang terlibat dalam team mama.
Nanti mama kongsi yang lainnya. Semoga ini idea untuk suami yang sedang usaha menyusu anak. Percayalah, isterimu menghargai setiap caramu. Jangan tiru, cari yang terbaik dari dalam diri untuk memberi. Saya sayang suami saya!!!

Comments

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....