Posts

Showing posts from March, 2018

Cabaran menyusu: puting luka

Image
Assalammualaikum.. Puting luka. Sakit teramat sangat setiap kali anak nak mula menyusu. Ketar kaki tatkala lidah anak menangkap puting. Kaki ditendang-tendang menggelupur, namun waras aqal badan menten je beri anak menyusu.  Mama 3 kali beranak, 3 kali juga mengalaminya. Semasa kakaknia, hari ke 2 lahirnya kakaknia melarat-larat hingga balik ke rumah, sehingga sakit jadi imun yakni luka masih ada,sakitnya tahap maksima sehingga tidak ada rasa sakit lagi.  Kelahiran abangamal, mama sudah study. Membaca setiap hari, ada jugak pergi kelas-kelas penyusuan. Malah nurse di klinik kesihatan juga ada kongsikan. Tapi dalam kepala masa tu, memang syringe la puncanya, so takkan buat lagi. Lagipun masalah tiada puting telah diatasi, kakaknia dah bantu sepanjang kakaknia menyusu. Puting sudah terbentuk. So dengan yakinnya konfem takkan luka dah. Rupanya tidak. Hari ke tiga, juga belum discharged, masih di wad, puting kembali luka. Berpunca dari membengkak, kerana susu mulai banyak pada hari ke

Cinta . Kasih . Induksi menyusu .

Image
Assalamualaikum "Mama nak balik, biar anak je duduk hospital". Sepanjang hidup mama menyesali perkataan yang mama ucapkan pada ayah tatkala doktor khabar kakak perlu ditahan wad, jaundis meninggi diri.  Badan tidak larat, disuruh jaga anak di hospital?? Terngiang bahasa ayah membalas? "Tak sayang anak ke?" Nangis lagi. Ayah tinggalkan mama usai waktu melawat tamat. Duduk dan nangis di katil. Pekerjaan tetap mama pada waktu itu. Nangis nangis nangis. Nokia menjerit. Hujung suara membeleteri penuh kasih. "Jadi mak kena kuat". Allahuakbar. Allahuakbar. Kalah dengan mudah sedang dia berjuang mahu ketemu sang ibu lantikan Allah untuknya. Lap muka. Dalam kepayahan berjalan berpapah dinding,tangan sebelah di perut. Mencari anak di dalam baby cot dibawah sinar biru. Malam itu, pertama kali menyusui kakaknia dari hati. Seolah berada di dunia yang berbeza. Yang tinggi terawang-awangan. Indah seperti duduk bertimpuh berlapik gula kapas putih. Semalaman ti

Comel Pipi Merah jugak....

Image
Dan sejak itu Performance Drink wajib sudah menghuni rak dapur rumah mama. Wahhhh.... sebegitu mudah mama menyambung cerita. Bila sesuatu yang meluap-luap dari dalam diri mahu diluah, begitulah sasulnya.... Maafkan. Memulakan arena penyusuan pada tahun 2010. Sangat tanpa persediaan. Sebaik melahirkan, kakak nia ditempat di nicu, lahirnya 35w dikira border premature dan dalam kategori halus comel 1.8 kgs. Nurse berpesan,mak pam susu ye, untuk bagi kat anak. ALLAHUAKBAR. mak? Kata ganti diri mahu bergelar mak atau mama atau ibu atau mommy pun belum ada. Pam? Macamana? Guna tangan pun blh... nurse sambung sementelah melihat ibu bukan muda tapi tidak berilmu ini. Tidak membacakah? Buku 36minggu indah kehamilan dikelek dibelek setiap hari. Tapi.... bukan pada muka kisah kelahiran caeserean. Muka surat TERAN JANGAN ANGKAT PUNGGUNG sahaja diulang-ulang-ulang. Ok baik, Dalam kebaringan kelaran casearean, mama mencuba. Mencuba? Menangis sebenarnya. Tidak tahu langsung bagaimana caranya.

Seronoknya menyusu di bulan puasa

Image
1 Rejab sudah. 2 bulan lagi bakal menginjak Ramadhan. Nyanyian mama untuk abg mesti bermula. Kenapa abg kena puasa ma? Sebab abg lahir dulu ke? Tapi kan kakak nia lahir dulu. Dah namanya adik beradik, tiada depan mata juga dicemburui. Kerana abg dipilih Allah.  Cuaca panas benar sekarang. Nenek kat kampung pun pasang aircond dalam bilik untuk cucu. Teringat suatu masa bergigih menyusu mereka dalam bulan puasa. Allahuakbar. Balik kerja pukul 5.30 sampai rumah, dah rutin keduanya setengah jam masa untuk mereka. Mama puasa ni dik,sikit dah la...dia balas senyum meleret. Adoi... mama is melting.... sila kan la nak...silakan.... "Boleh kan bang buka puasa kalau mama tak larat. Anak menyusu kuat".....emoticon gigi rapat.😬  Ayah jeling.😶 Ayah jarang bagi suara dia,kecuali bila perlu. Lama dia senyap.  "Dah usaha?"serius mukanya. Gulp. Mama pulak senyap. "Jaga makan minum bagi badan sihat, badan cukup air,support dengan air vitamin ke....&qu

Anak, mama mendoa...

Image
Nah di depan mama kira bahaya. Dan kalian bukan lagi atas dukungan. Cantik kat sana mama!! Benar.... sana yang terang, cantik..tapi sini pun cantik jugak kan,rumput hijau je.... tapi abg suka biru la ma...adik? Adik pun suka biru. Belum pasti apa,tapi abg penunjuknya. Bukan lagi mama. Cepat awak tinggalkan mama dik, belum genap setahun pun wean off adik, adik sudah berkiblat abg.. Rebranding sudah kertas putih ini hari ini. nurrania.anugerahterindah mama simpan kemas dalam-dalam. Kenal blogspot sebaik melahirkan, 8 tahun sudah berlalu. Kini mamamendoa mama kira paling tepat gambaran hati mama.  Di hadapan masih panjang buat abg dan adik. Mama pandang dua tapak tangan berkali-kali. Terlalu kecil untuk memimpin kelangsungan perjalanan kalian. Tapi dulu dijanji mereka mama lah lantikan Allah untuk menjaga kalian. Mama mendoa,tapak tangan ini menadah... fasa mendodoi abg masuk tahun terakhir. Silibus tahun depan pasti berbeza untuk abg. Kita tempuh dan kuat bersama...