Posts

Showing posts from April, 2018

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....

Image
 Pekerjaan 3 hari mama di kolej. Ini terapi. Ini cara mama. Mama bukan hebat pun buat langsir ni. Belajar dan berguru. Praktis bila perlu. Dan bila berkongsi, sangat puas. Adegan ini selalunya bersama kakak2 makcik2. Syok. Very me... Dan istimewa hari ini, dari bilik tempat menjahit, nampak pulak kursus simulasi bakal jemaah haji. Sedang bertawaf. Beginilah kolej komuniti, memang untuk komuniti. Bahagia, cemburu, doa... mata berair tiba-tiba. Angkatlah mama ke sana Ya Allah. Teringin benar....

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Image
Isu anak tak makan sayur adalah isu sejagat. Malah amal dan arif juga... berlembut sudah, paksa pun sudah... Mama mulakan dengan beli benih sayur, ajak menyemai benih, menyiram, hari2 sebelun pergi sekolah wajib pergi jumpa baby pokok dulu. Sembang-sembang, siram-siram. Balik sekolah juga. Rama-rama, belalang juga datang berkawan dengan amal arif. Juga ulat.Dan mama mula sedar, ini dunia mama dulu. Dunia yang mama boleh beri kepada amal arif dengan izin Allah. Indah. Mereka tinggalkan tv, lupakan ultraman tuga, dyna, orb dan sepupu yang lain, juga tidak pun mintak fon mama. Berbunga, dan berbuah si bendi. Excited memetik. Excited melihat mama masak. Dan makan. Ya. Amal arif makan sayur. Benar. TQ ALLAH. Dan projek usahawan tani cilik itu mama bawak ke sekolah abang. Semua anak excited. Dugaan sedikit, benih tidak bercambah. Kita cuba lagi ye anak-anak. Semoga Allah beri izin.

Terima kasih suami kepada seorang ibu menyusu...

Image
Assalamualaikum Team menyusu? Apakah? Mereka adalah rakan sokongan.  Tanpa team yang kuat, tak mampu pun nak buat seorang. Suami. Penyokong paling kuat. Paling penting. Bukan sahaja sokongan dia penting, restu dan doanya yang lebih utama. Mama akui mama boleh menyusu anak kerana izin ayah. Pelbagai cara nak bantu isteri menyusu sebenarnya. Lain orang, lain personalitinya. Jika suami kawan boleh bangun malam teman isterinya menyusu, siap bancuh air lagi, kita jangan la duk terliur air juga. Itu suami dia. Lain la kalau kongsi suami.. Ayah totally bukan itu orangnya. Masa bersalin abgamal, ayah hantar mama check in wad pukul 12 tengah malam..setel mama baring dalam wad, everything ok, dan nurse mensyaratkan suami tidak boleh menunggu, maka ayah pun pulang ke rumah untuk tido enak merentasi Highway Karak pada jam 2 pagi. Esok pagi pukul 8 dah sampai di wad, kejarkan jadual czer seawal 8 pagi itu. Nampak kan kehebatan mahu tidur selesa ayah.  Pulang ke rumah untuk berp

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Image
Assalamualaikum Berkerjaya. Masa untuk anak sangat terbatas. Maka kena buat baucer la, redeem bila ada masa. Redeem kualiti masa bersama . Jarang pun kami ni bercuti. Selalunya balik kampung je. Bila dah sampai kampung, mama memang sejenis malas nak berjalan. Tapi cuba sebaiknya penuhi masa kualiti anak. Cubaan memancing telah dilakukan. Korek cacing buat umpan, sedih. Mama, nanti kalau dia cari mama dia macamana? Tak pe, ayah ada korek mama dia sekali, ada dalam bekas ni. Angguk faham keduanya. Mana mungkin pisahkan anak & mama. Part tunggu pancing dimakan, keduanya tewas. Mama, jom la balik. Maka ini yang terakam. Tak sempat nak snap pic seperti di bawah ni.  Usaha nak bawak memancing ni, mahu diselitkan kisah SOD BA RO. Belum berjaya. Mendidik sabar perlukan kesabaran. Sila usaha lagi mama dan ayah.