Anak, mama mendoa...



Nah di depan mama kira bahaya. Dan kalian bukan lagi atas dukungan. Cantik kat sana mama!! Benar.... sana yang terang, cantik..tapi sini pun cantik jugak kan,rumput hijau je.... tapi abg suka biru la ma...adik? Adik pun suka biru. Belum pasti apa,tapi abg penunjuknya. Bukan lagi mama. Cepat awak tinggalkan mama dik, belum genap setahun pun wean off adik, adik sudah berkiblat abg..

Rebranding sudah kertas putih ini hari ini. nurrania.anugerahterindah mama simpan kemas dalam-dalam. Kenal blogspot sebaik melahirkan, 8 tahun sudah berlalu. Kini mamamendoa mama kira paling tepat gambaran hati mama. 

Di hadapan masih panjang buat abg dan adik. Mama pandang dua tapak tangan berkali-kali. Terlalu kecil untuk memimpin kelangsungan perjalanan kalian. Tapi dulu dijanji mereka mama lah lantikan Allah untuk menjaga kalian. Mama mendoa,tapak tangan ini menadah... fasa mendodoi abg masuk tahun terakhir. Silibus tahun depan pasti berbeza untuk abg. Kita tempuh dan kuat bersama...


Comments

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....