Cabaran menyusu: puting luka

Assalammualaikum..

Puting luka. Sakit teramat sangat setiap kali anak nak mula menyusu. Ketar kaki tatkala lidah anak menangkap puting. Kaki ditendang-tendang menggelupur, namun waras aqal badan menten je beri anak menyusu. 

Mama 3 kali beranak, 3 kali juga mengalaminya. Semasa kakaknia, hari ke 2 lahirnya kakaknia melarat-larat hingga balik ke rumah, sehingga sakit jadi imun yakni luka masih ada,sakitnya tahap maksima sehingga tidak ada rasa sakit lagi. 

Kelahiran abangamal, mama sudah study. Membaca setiap hari, ada jugak pergi kelas-kelas penyusuan. Malah nurse di klinik kesihatan juga ada kongsikan. Tapi dalam kepala masa tu, memang syringe la puncanya, so takkan buat lagi. Lagipun masalah tiada puting telah diatasi, kakaknia dah bantu sepanjang kakaknia menyusu. Puting sudah terbentuk. So dengan yakinnya konfem takkan luka dah. Rupanya tidak. Hari ke tiga, juga belum discharged, masih di wad, puting kembali luka. Berpunca dari membengkak, kerana susu mulai banyak pada hari kedua, Alhamdulillah. Apabila bengkak dan tegang dan keras, abangamal pula sejenis yang kuat menyusu dan sentiasa bergayut, puting menjadi luka. Sakit. Sungguh sakit. Sakit di sebelah,mama susukan yang sebelah lagi sahaja, menyebabkan sakit keduanya selepas itu. Baik, dengan bangganya mama gunakan nipple shiled brand MAM. Mahal okay benda alah tu. Hasilnya? Sorry MAM, TIDAK MEMBANTU. Luka berdarah. Susu yang dipam juga merah-merah pink. Disapu air susu dikeliling, dianginkan supaya air susu kering disitu, menjadi ubat penyembuh. Membantu, tetapi secara sangat perlahan. 

Banyak juga krim di pasaran yang rata-rata mama dah cuba dulu. Tiada yang membantu. Sudahnya membazir. Sudahnya? Mama ambil sebiji Vitamin E Shaklee, gunting sedikit, sapu liquidnya sedikit pada luka. Alhamdulillah. Sangat membantu dan cepat. Mungkin juga mind set mama sendiri yang yakin dengan naturalnya kandungan Vit E ni.

Yang lebih best, mama guna tak sampai 5 biji pun untuk tujuan itu. Dalam botol ni ada 120 biji. Yang selebihnya nak buat apa? Of coz la Vit E ni sangat banyak khasiatnya.


Ketika melahirkan adikarif, mama buka minda dan hati kepada semua punca. Supaya hati dan minda bersedia. Satu persatu punca mama kaji. Adikarif juga warded jaundis di wad. Mama berdarah O, alert jaundis memang sudah ada. Tak mengapa, lahirkan anak hebat memang begini. 


Secara teorinya berikut adalah punca puting luka. Setiap punca tersebut jadi alert dalam otak mama sejurus kelahiran adikarif.

    Untuk mengelakkan puting luka ketika menyusu
  1. Kedudukan penyusuan bayi - Baik.  Ini adalah punca utama dimana bayi menghisap puting pada bahagian aerola dengan betul. Maka berpulun la mama memastikan puting dan aerola masuk sekali ke dalam mulutnya. Pulun sungguh. Walaupun adik dah start nyusu, mama stopkan dan mula semula untuk dapatkan kedudukan yang betul. Mama cuba berkali, walaupun dalam keadaan tidak selesa wad, walaupun adikarif menjerit mahu susu cepat. Sabar dik. Mama betulkan posisi dulu. Hasilnya? Puting luka. Masih. Sakit teramat sangat. Maaf pada si teori.
  2. Terdedah kepada lembapan terlalu lama Mama dap-dap perlahan-lahan sekeliling puting setiap kali selepas menyusu dengan kain. Juga dibilas dengan air suam. Usaha kan. Mula amalkan ketika masih di wad. Adikarif pula sebaik lahir, dimasukkan ke nicu, diberi oxygen kerana pernafasan laju. Jadi mama sudah mula stimulate menggunakan pam ketika masih terbaring flat selepas dipindahkan ke wad. Risau susu lambat ada, mama kena usaha stimulate. Acik yang membantu. Gigihnya acik. Hari ke 5 umur adikarif, puting luka kembali walaupun mama sangat menjaga kebersihan dan kelembapan sekelilingnya. Tak tertahan rasa. Kali ini Vita E sudah sedia disisi. Alhamdulillah. Sekali lagi tidak mengecewakan.

Baik,pengalaman 3 kali mama luka puting adalah dalam tempoh seminggu kelahiran. 
Solusinya mama stop bf di belah yang luka. Dan hanya bergantung kepada sebelah lagi. Bengkak bila distop bf memburukkan keadaan. Mama pam,untuk kurangkan bengkak itu. Semua kejadian itu berlaku di dalam wad. Seorang,tanpa ayah. Perasan tak tiada mama tulis tentang nangis. Mama sudah besar. Kikiki. 


Seperitmana sakitnya, ia langsung tidak akan memberi kesan kepada anak. Begitu sekali kepercayaan anak3 mama kepada mama. Mereka yakin ama boleh buat. Mereka tidak memilih mama yang lain. 
Semua teori punca puting luka mama cuba tackle sebaiknya. Sehabis usaha. Masih lagi berlaku, mama percaya luka itu juga sangat dipengaruhi keadaan semulajadi komposisinya sendiri. Mama bertenang, banyakkan bonding skin to skin dengan mereka, berfokus mereka membina motivasi dalaman dengan izin Allah dan jika tidak mampu elak, maka merawatlah...

Comments

Popular posts from this blog

Comel Pipi Merah jugak....

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing