Cinta . Kasih . Induksi menyusu .
Assalamualaikum
"Mama nak balik, biar anak je duduk hospital".
Sepanjang hidup mama menyesali perkataan yang mama ucapkan pada ayah tatkala doktor khabar kakak perlu ditahan wad, jaundis meninggi diri. Badan tidak larat, disuruh jaga anak di hospital??
Terngiang bahasa ayah membalas? "Tak sayang anak ke?" Nangis lagi.
Ayah tinggalkan mama usai waktu melawat tamat. Duduk dan nangis di katil. Pekerjaan tetap mama pada waktu itu. Nangis nangis nangis. Nokia menjerit. Hujung suara membeleteri penuh kasih. "Jadi mak kena kuat". Allahuakbar. Allahuakbar. Kalah dengan mudah sedang dia berjuang mahu ketemu sang ibu lantikan Allah untuknya. Lap muka. Dalam kepayahan berjalan berpapah dinding,tangan sebelah di perut. Mencari anak di dalam baby cot dibawah sinar biru.
Malam itu, pertama kali menyusui kakaknia dari hati. Seolah berada di dunia yang berbeza. Yang tinggi terawang-awangan. Indah seperti duduk bertimpuh berlapik gula kapas putih. Semalaman tidak lena, kudrat luar biasa mahu menyusukan,menikmati keindahan kami bertentang mata. Seolahnya jatuh cinta kat ayah satu masa dahulu. 😬😬
Menyusui pertama kali dengan kesungguhan rasukan seorang mama. Peliknya hilang kesakitan yang dibebel, ditangisi.
Di hujung wad sana, terdengar jeritan si ibu menangis sakit, anak jaundis, ibunya juga kesakitan luka bersalin. Di kiri bercerita sudah menghabiskan tempoh pantangnya di wad ini, anak masih di nicu menghitung berat tidak kunjung naik. Dan mama? Allah hantar ke situ sebagai induksi.
Set induksi selesai. Satu malam sahaja. Jaundis pergi bila cinta dalam air susu mengalir dalam tubuh kecil sopan manis itu.
Pulang. Kini kita beraksi dalam gelanggang. Manis. Hari yang terakam cantik hanya kau dan aku. Juga ayah.

Comments
Post a Comment