Trick bila anak tak suka makan sayur.



Isu anak tak makan sayur adalah isu sejagat. Malah amal dan arif juga... berlembut sudah, paksa pun sudah...

Mama mulakan dengan beli benih sayur, ajak menyemai benih, menyiram, hari2 sebelun pergi sekolah wajib pergi jumpa baby pokok dulu. Sembang-sembang, siram-siram. Balik sekolah juga.

Rama-rama, belalang juga datang berkawan dengan amal arif. Juga ulat.Dan mama mula sedar, ini dunia mama dulu. Dunia yang mama boleh beri kepada amal arif dengan izin Allah. Indah. Mereka tinggalkan tv, lupakan ultraman tuga, dyna, orb dan sepupu yang lain, juga tidak pun mintak fon mama.

Berbunga, dan berbuah si bendi. Excited memetik. Excited melihat mama masak. Dan makan. Ya. Amal arif makan sayur. Benar. TQ ALLAH.



Dan projek usahawan tani cilik itu mama bawak ke sekolah abang. Semua anak excited. Dugaan sedikit, benih tidak bercambah. Kita cuba lagi ye anak-anak. Semoga Allah beri izin.

Comments

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....