Posts

Showing posts with the label Parenting islamic

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Image
Isu anak tak makan sayur adalah isu sejagat. Malah amal dan arif juga... berlembut sudah, paksa pun sudah... Mama mulakan dengan beli benih sayur, ajak menyemai benih, menyiram, hari2 sebelun pergi sekolah wajib pergi jumpa baby pokok dulu. Sembang-sembang, siram-siram. Balik sekolah juga. Rama-rama, belalang juga datang berkawan dengan amal arif. Juga ulat.Dan mama mula sedar, ini dunia mama dulu. Dunia yang mama boleh beri kepada amal arif dengan izin Allah. Indah. Mereka tinggalkan tv, lupakan ultraman tuga, dyna, orb dan sepupu yang lain, juga tidak pun mintak fon mama. Berbunga, dan berbuah si bendi. Excited memetik. Excited melihat mama masak. Dan makan. Ya. Amal arif makan sayur. Benar. TQ ALLAH. Dan projek usahawan tani cilik itu mama bawak ke sekolah abang. Semua anak excited. Dugaan sedikit, benih tidak bercambah. Kita cuba lagi ye anak-anak. Semoga Allah beri izin.

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Image
Assalamualaikum Berkerjaya. Masa untuk anak sangat terbatas. Maka kena buat baucer la, redeem bila ada masa. Redeem kualiti masa bersama . Jarang pun kami ni bercuti. Selalunya balik kampung je. Bila dah sampai kampung, mama memang sejenis malas nak berjalan. Tapi cuba sebaiknya penuhi masa kualiti anak. Cubaan memancing telah dilakukan. Korek cacing buat umpan, sedih. Mama, nanti kalau dia cari mama dia macamana? Tak pe, ayah ada korek mama dia sekali, ada dalam bekas ni. Angguk faham keduanya. Mana mungkin pisahkan anak & mama. Part tunggu pancing dimakan, keduanya tewas. Mama, jom la balik. Maka ini yang terakam. Tak sempat nak snap pic seperti di bawah ni.  Usaha nak bawak memancing ni, mahu diselitkan kisah SOD BA RO. Belum berjaya. Mendidik sabar perlukan kesabaran. Sila usaha lagi mama dan ayah.