Comel Pipi Merah jugak....

Dan sejak itu Performance Drink wajib sudah menghuni rak dapur rumah mama.

Wahhhh.... sebegitu mudah mama menyambung cerita. Bila sesuatu yang meluap-luap dari dalam diri mahu diluah, begitulah sasulnya....

Maafkan.

Memulakan arena penyusuan pada tahun 2010. Sangat tanpa persediaan. Sebaik melahirkan, kakak nia ditempat di nicu, lahirnya 35w dikira border premature dan dalam kategori halus comel 1.8 kgs. Nurse berpesan,mak pam susu ye, untuk bagi kat anak. ALLAHUAKBAR. mak? Kata ganti diri mahu bergelar mak atau mama atau ibu atau mommy pun belum ada. Pam? Macamana? Guna tangan pun blh... nurse sambung sementelah melihat ibu bukan muda tapi tidak berilmu ini. Tidak membacakah? Buku 36minggu indah kehamilan dikelek dibelek setiap hari. Tapi.... bukan pada muka kisah kelahiran caeserean. Muka surat TERAN JANGAN ANGKAT PUNGGUNG sahaja diulang-ulang-ulang.

Ok baik, Dalam kebaringan kelaran casearean, mama mencuba. Mencuba? Menangis sebenarnya. Tidak tahu langsung bagaimana caranya. Yang lebih teruk adalah nak bergerak sedikitpun tidak berani. Dibedah. Takut. Sakit. Waktu lawatan jam 12tengahari, ayah sampai ke wad 12.15 dengan muka gembira berbaju baru. Mama masam mencuka,menangis kenapa lewat 15minit???? Terkejut seorang lelaki yang baru bergelar ayah 24jam yang lalu. Kena marah dalam keadaan berbaju baru. Comel. Maklong sampai. Membawa pam Anakku, dibeli dari Farmasi Mercuri. Pam pertama mama. Harga rm114+-. Maklong dan acik memproses. Mama baring flat sedikitpun tidak memberi kerjasama, takut sakit pada luka 4inci di perut. Hasilnya tiada. Habis waktu melawat, tinggallah mama bersama pam itu. Nurse lagi dan lagi melintasi dengan pesanan mahu susu. Nurse dari nicu juga menelefon,juga pesanan yang sama,mahu susu. Hari ke2. Perlu bangun, pesanan doc. Tiub kencing juga sudah dicabut. Mahu atau tidak,perlu bangun,mahu ke tandas yang sukar ditahan-tahan. Allahuakbar. Sakit sungguh. Sudah mampu duduk bersandar, mama usahakan pam. Eh, ada la. Tapi kuning warnanya. Tidak menutup dasar botol keseluruhannya pun. Letak tepi. Senyap. Usaha? Perlukah? Sakit ni.
Wheelchair ditolak seorang ayah mahu ditunjuk anak perempuan pada isterinya yang belum abis aduan tentang sakitnya. Excited dia. Sebijik muka abg..katanya..

Diribaan. Mak, jika anak boleh menyusu, boleh discharge la. Ok. Cuba yang, bagi anak susu. Tak boleh. Gagal. Nurse melihat. Oooo... puting tiada. Dipotong hujung syringe, diacukan pada puting, ditarik syringe perlahan. Ok, cuba, katanya. Dapat. Sakit. Hujung syringe tajam kesan gunting melukakan keliling puting. Berjaya kakak nia menyusu. Ayah gembira, mama juga. Mahu pulang.  Itu pertama kali. 6 petang 26 Julai 2010.


Comments

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....