Seronoknya menyusu di bulan puasa



1 Rejab sudah.
2 bulan lagi bakal menginjak Ramadhan.
Nyanyian mama untuk abg mesti bermula. Kenapa abg kena puasa ma? Sebab abg lahir dulu ke? Tapi kan kakak nia lahir dulu. Dah namanya adik beradik, tiada depan mata juga dicemburui. Kerana abg dipilih Allah. 


Cuaca panas benar sekarang. Nenek kat kampung pun pasang aircond dalam bilik untuk cucu. Teringat suatu masa bergigih menyusu mereka dalam bulan puasa. Allahuakbar. Balik kerja pukul 5.30 sampai rumah, dah rutin keduanya setengah jam masa untuk mereka. Mama puasa ni dik,sikit dah la...dia balas senyum meleret. Adoi... mama is melting.... sila kan la nak...silakan....

"Boleh kan bang buka puasa kalau mama tak larat. Anak menyusu kuat".....emoticon gigi rapat.😬 
Ayah jeling.😶 Ayah jarang bagi suara dia,kecuali bila perlu. Lama dia senyap. 
"Dah usaha?"serius mukanya.
Gulp. Mama pulak senyap.
"Jaga makan minum bagi badan sihat, badan cukup air,support dengan air vitamin ke....".

For sure bukan air-air vitamin dalam peti ais BHP ye... mata mama ni kalau tengok word vitamin kat botol tu,terus nak beli. Sekali minum,awat manih sangat ni. Adoi... Mama mencari air yang boleh membantu kekalkan tahap hidrasi badan mama yang 3kali sehari akan mengepam di kolej,dan sekurang-kurangnya 3kali akan direct bf. Sambil baring bagi anak menyusu,perut crot cret crot cret... Allah,tolong kuatkan mama... tolong Allah....

Yang paling membantu mama adalah Performance Drink. Macamana mama boleh start minum? Masa kecik-kecik, tok akan bagi kami minum air glucose. Peristiwa 80-90an. Tok kata bagi badan maintain airnya. Sedap....ada macam-macam perisa. Oren adalah peberet. Hihihi. Sedap sebab manih. Pada waktu itu kan... ilmunya belum sampai. 

Mama ni sejenis yang bila trobek sesuatu yang seronok, mesti rasa nak itu datang dan dalam keadaan yang serupa, sama, sahih. Air glucose tu bagi satu perasaan sejuk dan hilang dahaga. Maka misi mencari bermula. Berbekalkan semangat mahu menyusu, mahu berpuasa dan usaha arahan oleh suami, mama cuba Performance Drink by Shaklee. Rupa paras sangat mirip, jom rasa sekali. Hati seronok, yang dicari sudah ditemui. Sejenis serbuk, cedok, bancuh dalam air dan minum. Sedap. Sejuk je walaupun tak buh air sejuk. Sejuk yang nyaman tu... bukan sejuk minum ais. Itu bab rasanya.
Performancenya bagaimana? 
Mama sejenis yang jalan pegang dinding tau masa puasa dan menyusu. Alhamdulillah SubhaNAllah... Setiap usaha bersungguh-sungguh, Allah akan beri. Performance Drink dan Shaklee adalah usaha, Allah kirim dari doa mama dan ayah yang mahu layari Ramadhan ini bersungguh-sungguh dan menyusu anak juga bersungguh. Rasa bertenaga. Rasa cergas. Dan siap boleh masak menu berbuka. Jangan la bayangkan Nasi Arab, setakat ikan-ikan goreng, sayur manis, tapi ada.... cukup manis untuk kami berdua berbuka. 
Sungguh,sangat-sangat nak rekemen kepada mak-mak bf semangat kental tapi badan lembik seperti mama.  Perjalanan cerita menyusu anak bukan cerita tentang seseorang yang bernama mama. Cerita ini ada team produksinya. No. 1 semangat dan keazaman, no.2 team yang kuat. Nanti mama kongsi bagaimana team mama beraksi. Teammate mama ni tak pernah pun bangun teman mama, bancuhkan susu untuk mama tengah-tengah malam. TIDAK PERNAH. Dalam tv je teammate begitu, atau paling-paling tidak pun teammate yang nak masuk ig stori.
Berbalik kepada Performance Drink. Ini dia.....
Cerita ini kisah benar seorang mama yang berjuang menyusu di bulan puasa. Mak-mak menyusu, jangan mengaduh, jangan mengeluh. Kita usaha, Allah jua Pemberi Rezki kita, Pemberi Rezki anak kita. Mintak kat Dia banyak-banyak. 
Mama bantu jika mahu cuba. 

Ig: Mamania.Natural

Comments

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....