Seronoknya menyusu di bulan puasa
1 Rejab sudah. 2 bulan lagi bakal menginjak Ramadhan. Nyanyian mama untuk abg mesti bermula. Kenapa abg kena puasa ma? Sebab abg lahir dulu ke? Tapi kan kakak nia lahir dulu. Dah namanya adik beradik, tiada depan mata juga dicemburui. Kerana abg dipilih Allah. Cuaca panas benar sekarang. Nenek kat kampung pun pasang aircond dalam bilik untuk cucu. Teringat suatu masa bergigih menyusu mereka dalam bulan puasa. Allahuakbar. Balik kerja pukul 5.30 sampai rumah, dah rutin keduanya setengah jam masa untuk mereka. Mama puasa ni dik,sikit dah la...dia balas senyum meleret. Adoi... mama is melting.... sila kan la nak...silakan.... "Boleh kan bang buka puasa kalau mama tak larat. Anak menyusu kuat".....emoticon gigi rapat.😬 Ayah jeling.😶 Ayah jarang bagi suara dia,kecuali bila perlu. Lama dia senyap. "Dah usaha?"serius mukanya. Gulp. Mama pulak senyap. "Jaga makan minum bagi badan sihat, badan cukup air,support dengan air vitamin ke.......