Nia mama syg, rindu kita sgt manis....



Rania syg mama...sebulan sudah kita berpisah sementara...sementara je syg...mama tau, rindu kita ni mama je yg rs sgt panjang, mama lega sbb  Nia dlm jagaanNya akan menikmati masa sesingkat lena nia dlm buai serba pink nia menikmati keindahan syurga...Alhamdulillah syg, rindu kita ni syg manisnya kerana Allah... langkah mama dalam perjalanan membawa nia blk ke rumah tokwan keluar dr ICU hari 2...terawang, kosong,tak jejak bumi,namun hati terasa dekat sekali dgn Ya Rabb kita nia...langkah mama pada hari ini masih sama...masih kosong...ya syg mama,mama mampu bersembang, mama blh gelak, kerana 2 semua tanggungjawab mama membahagiakan semua org disekeliling mama nia,semua org yg pun sgt sygkan anak mama bidadari...hati mama..rindu...rindu yg memberitahu mama dekatnya Allah...rindu yg menyatakan Allah ubatnya...rindu yg sgt tenang, rindu yg manis...rindu yang bercerita...bercerita kehebatan kediaman nia  yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. syg, kediaman  itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia. Nabi kita syg...mama selalu dengarkan pada nia kehebatan Nabi kita kan...setiap hari lenakan nia dengan dodoian kisah perjuangan Nabi kita kan syg...semasa kita berjuang di ICU, mama tetap bisikkan pada nia, nia jgn pernah mengalah dlm apa pun ujian, sepertimana Nabi kita tidak pernah mengalah memperjuangkan agama Allah...
Kehebatan syurga Allah SWT mahligai anak mama sedang bermain2, istana idaman mama, bertemu Allah, bertemu buah hati kesayangan mama...
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah  syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlahku hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Aku sgt teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosaku...Ya Allah...kebahagiaan Nia di sana adalah kasih sayangmu...mama redha....

Comments

  1. mama, ummi nk peluk mama...
    mama..kuat mama..
    ummi xtau nk ckp apa dah..
    Allah Maha Mengetahui segalanya..

    ReplyDelete
  2. mama sangat tabah dan kuat...
    balasan yang mama akan dapat kelak pasti hebat!

    ReplyDelete
  3. ummi,ibu.....hugssssssss......
    mama tau mama ada ummi & ibu bersama2 dgn mama, tak pernah tinggalkan mama...kita berjuang ke kediaman 2 ye...

    ReplyDelete
  4. manisnye kehidupan di Sana...nia memang bertuah..mama nia pun bertuah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....