Nia mama syg, nia syurga dunia akhirat mama...

nia syg mama beberapa jam selepas dilahirkan...bahagia dibedung kan syg....


syg mama....lama mama x menulis kat sini syg kan...mama dh lupakan nia ke...tidak syg, nia sentiasa dlm nafas mama...mama tau, dlm sembang mama, cerita nia mmg xpernah lekang..mgkin kwn2 mama, aunt2 nia yg sentiasa dgn mama sehari2 masih mendengar cerita mama psl bidadari mama...mama tau, cerita 7 bulan nia bersama mama takkan dpt melawan cerita mereka saban hari bersama anak2 mereka,kwn2 nia 2...mama perlu mengaku kekalahan mama 2, mama pasti akan  tewas nanti...kdg2 mama thn diri mama, kawal diri sembangkan hal nia, walaupun membuak2 hati ni nk bercerita...mama kawal diri, kerana mama akan bercerita utk sepanjang hayat mama, mama juga memilih utk kawal diri kerana mama xmau mereka yg mendengar cerita mama terdiam....terdiam mgkin kasihankan mama, atau terdiam kerana mendengar cerita yg sama hampir beberapa kali...dan hari ini mama bertemu kwn lama yang 2 tahun mama tidak berjumpa...soalannya, dh berapa sekarang...jawapan mama, 2 org di syurga...pun sama reaksinya, terdiam...dan kemudian, kesiannya...xperlu kesiankan mama, mama ada nia sentiasa, xpernah mama tinggal walau sekejap pun, nia sentiasa ikut mama, erat di hati mama....






perkelahan terakhir kita di dunia syg...celebrate birthday kakak dina n tok...nia masih lena dlm bedungan di usia 7bln...betapa baiknya anak mama...

Allah janjikan kurniaan anak sebagai syafaat kepada setiap ibubapanya...samada syafaat dunia atau syafaat akhirat...syafaat dunia: menjaga ibubapa satu hari nanti,syafaat akhirat: pemberat timbangan yang menjulang ibubapanya ke syurga...dan nia lebih daripada itu...nia adalah syafaat dunia dan akhirat mama...nia memberi mama syafaat dunia yang x ternilai, nia xpernah gagal memberi senyuman kepada mama setiap kali mama sedih,mama letih...nia mendengar segala keluhan mama dengan anak mata nia tajam melihat mata mama...nia mengiring memandang mama sepanjang pelukan mlm kita, nia mengubati setiap sakit mama...nia xpernah menolak menatap kamera saat mama merakam potret nia bertalu-talu, nia xpernah menolak saat kegilaan mama menghias nia dgn topi, headben, baju...malah jika kwn2 nia yang lain meronta saat dibedungkan utk tidur, nia tetap tersenyum saat mama bedungkan nia sblum tdur  sehingga akhir hayat kita bersama di dunia...nia sentiasa melayan mama, membahagiakan mama, menghidangkan mama syurga dunia...nia lah tempat mama mengadu selama ni...bertuahnya mama dikurniakan Allah anugerah terindah ni, nia mama juga adalah janji Allah Syurga di akhirat kelak...nia syurga dunia mama, syurga akhirat mama....

Comments

  1. mama..mama mmg bertuah dikurniakan anak sebaik, selembut, & seindah nur rania...nia mmg senantiasa ada dgn mama...al-fatihah

    ReplyDelete
  2. mama sgt bertuah..nia memang anugerah yang Allah pinjam kan untuk mama dan ayah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....