RANIA segalanya terindah...

bibir manis yang sedang senyum simpul di sana...

syg mama Nur Rania yg sgt pesona...biarlah hari raya berlalu dan mama kembali rutin ke ofis...kerana tiada cerita hari raya yang mama nak coret di sini...syg mama setiap hari pun hari raya di sana kan...baru-baru ni kakak dina tanya, kat syurga tmpat nia ada sungai x angah? mestilah ada...syurga yang mengalir indah di bawahnya sungai yg sgt indah...nia yang indah tentu disedia Allah segala yang terindah...dina pun nak masuk syurga la angah...nak tgk mainan apa yang nia main kat sana...kakak auni pun ckp nak masuk syurga tmpat nia...kakak auni nak ajak papa dia sekali, tapi muat ke? bayangan kakak auni syurga 2 kecik,muat utk nia je...syurga sgt bsr, sgt indah la kakak auni....tak tercapai dek akal mama nia nk cerita kebahagiaan nia 2, tp ketenangan dan kebahagiaan hati mama melalui hari-hari tanpa nia di depan mata cukup bukti Allah betapa nia sgt sempurna dlm jagaanNya...6 bulan yang berlalu yang dirasakan org lain sudah lama dan sudah terlupa...tp bagi mama syg, masih terasa-rasa nia gigit nenen mama penuh kasih dan sayang...seperti baru semalam mama mencium nia buat kali pertama kita bertemu...dan seperti tadi mama mandikan nia buat kali terakhir....
mungkinkah mama yang tidak alert berlaku perubahan pada mama melalui hari-hari tanpa nia di sisi membuat org lain kecil hati, tersinggung dan memarahi mama...sbb lagak lakon mama, mama fikir mama cuba bawa watak sebaik mungkin tersenyum dan bersembang itu dan ini seolah tiada apa yang bersarang dlm hati...itu azam mama, tiada perkongsian negatif yang mama nak share dgn org lain...kerana yang negatif 2 membayangkan nia tiada...sedang nia sentiasa bersama mama, tanpa berenggang sesaat pun...cerita nia sentiasa segar dikalangan pencinta nia yang positif...terima kasih semua pencinta nia, penguat semangat mama...di sana nia menanti kita dengan senyum simpul....comel sgt....

Comments

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....