Syg mama, Ramadhan ini yang terindah....


kalau nyenyak tidur...mulut mesti mcm mulut ayah syg mama ni....

Assalamualaikum syg syurga mama....
syg berRamadhan bersama Allah di sana...thn lps bersama mama syg kan...kat tmpat nia ni bahagia sgt mama,mama tau syg...mama tau....anak mama mesti dapat yang terbaik dr Allah, sbb anak mama kesayanganNya...

berkali-kali mama cuba menulis di sini sejak Ramadhan ni, tp sgt tewas sbnrnya...tp, petang td sempat mama berkongsi rasa dengan Ibu Arissa, yang meluah sesuatu yg sgt tepat dgn perasaan mama sbnrnya...Ibu Arissa kt Ramadhan ni ingatan pd Arissa bertambah kuat...ye...itulah jg yg mama rs syg...kalau di hari-hari lain sejak 5 bulan ni ingatan mama hanya pd nia, tp sejak ramadhan ni ingatan mama hanya pd niaaaaa syg mama...ada ke perumpamaan utk mama nyatakan berapa banyak ingatan mama pd nia...tak ada...mama xjmpa...daripada meluah benda yang xsampai, biar mama simpan dlm hati...sempat kami sembangkan hajat hati kami nia dan arissa saling menjaga dan bermain di sana kerana di sini mama dan ibu arissa saling menjaga walaupun kami xpernah bersua, xkenal paras rupa, tp kami sgt terasa hati kami sgt dekat...Nadia, terima kasih berkongsi kasih dan sayang bersama mama nia...biarlah kita diperkenalkan mereka di sana...Arissa, ni la mama nia...kakak nia, ni ibu Arissa....

kadang-kadang mama bayangkan Allah nyenyakkan nia, kelak nia terjaga,bukak je mata, terus nampak mama...nyenyak betul anak mama tdur kan....Allah selamatkan nia dari segalanya...bahagianya hati mama anak mama dianugerahkan Allah jalan lurus ke syurga....dan mama akan dukung syg mama, suapkan susu yang Allah simpankan utk nia dlm bdn mama ni...susu yg mama cuba nk suapkan nia hari 2, rupanya nia dan tertidur...susu yang setiap hari mama picit selama 5 bulan ni, ada syg, ada...kalau satu hari nanti kering pun, Allah pasti akan anugerahkan kita lagi nanti...Ya Allah, kelak nia terjaga, akulah yang menyambutnya....Ramadhan ini Ramadhan yang sgt rahmat...terima kasih Ya Wahhab, Ya Qayyum....ku mohon hidayahMu, rahmatMu, kasih sygMu kerana Kau sebaik pengadu....yg dulu aku lalai, sgt lalai, maafkan aku....tetapkan hidayah yg sgt manis ini, kerana cinta ini paling indah yg pernah aku rasa....terima kasih Ya Allah, ingin bertemuMu di sana, bertemu RasulMu, dan Nur Rania anugerahMu...

Comments

  1. Alhamdulillah...terima kasih juga Mama Nia kerana sudi berkongsi kasih kita bersama-sama dalam mengharungi setiap ujian dariNya...insyaAllah kita pasti akan bersua jua dengan izinNya...Mama Nia & Ibu Arissa akan terus saling menjaga selama-lamanya..insyaAllah..begitu juga dengan Arissa & Nia...semalam saya bermimpi bertemu Arissa..alhamdulillah..mimpi yang termakbul dari doa...sangat susah untuk mendapatkannya...akan saya simpan kenangan ini selama-lamanya sehingga kita dipertemukan diSyurga Allah SWT...akan kita nantikan tibanya saat itu..yer Mama Nia...insyaAllah...Amin....;D

    ReplyDelete
  2. nadia:yup..bidadari kita tggu kita kat syurga....
    maklong: ingat...sgt cantik...sejak nia dlm perut lg,segala2nya sgt indah yg mama lalui..termasuk ular 2

    ReplyDelete
  3. maaf..nia meniggal kerana apa yer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....