Selamat Hari lahir syg mama.Cinta dari syurga...

24 Julai 2010...setahun berlalu yg sgt manis...

Allah simpan Nia utk mama...sbb 2 dalam hidup mama, Allah x berikan waima sekali pun peluang menyambut hari lahir syg mama di dunia kerana Allah dh standby tempat terindah untuk kita celebrate nanti...lgsg xterbanding dgn apa yg ada di sini...setahun yg lalu pd ms mama menaip ni 6.37am, mama sdg berjuang nikmat melahirkan kurniaan Allah...9jam mama dlm labor room 2, Allah kurniakan mama nikmat sakit yang sgt lama kerana yang bakal mama lahirkan 2 bkn seperti biasa, tp bidadari syurga yang telah Allah tuliskan untuk Nia...Allah takdirkan utk mama lahirkan nia caeserean, kerana parut yg melintang ni selama2nya dgn mama, xkan hilang, xkan pudar pun...kerana dr pintu parut 2 la syg mama keluar dr rahim mama dan merekot atas dada mama...7.58 am saat pertama kita bertentang mata walaupun sbnrnya cinta mama pd nia dr saat nia bersemi dlm rahim mama lg...nia terkelip2 pandang mama...mama pun hanya mampu memandang nia...itulah detik permulaan mama dan nia akan saling menatap...syg mama mmg akan memandang tepat ke mata siapapun yang memanggil nia...dgn mata yg sgt cantik...sekilas kata-kata mak nia ms mula2 mama kenalkan nia kat dia, mata bdk ni x  mcm org biasa...btl kata mak nia 2, matanya, wajahnya, bdnnya, dan segalanya2 adalah bidadari...

Terima kasih Maha Pemberi Kurnia, mengurniakan Rania kepada mama....seindah kejadian, secantik insan, secuci perjalanan...genap setahun mama di lantik Allah sebagai mama, bukan perjalanan seperti 28tahun sebelum ni,,,,tp 1 tahun yg sgt bermakna, yg sarat dengan cinta,yg sgt manis dgn rindu, yg penuh airmata syukur, penuh doa, segalanya kerana Allah...tahun-tahun sebelumnya yg mama rs sgt jauh, sgt lalai, sgt noda...Allah kurniakan kehebatan Rania utk mama...utk mama kenal segalanya...seperti bertatih mama menjadi mama nia...segalanya br mama nk belajar...hebatnya Ya Allah anugerahMu ini...mama tahu ini yang terbaik utk kita syg...saat genting perpisahan kita sementara, yang mama doakan , mama harapkan, Allah berikan yang terbaik utk nia....pasti inilah jalannya....Allah kabulkan utk mama...mama xmau nia hadapi kesakitan, mama mintak sesuatu dr ayah, redha....kerana mama dan ayah sgt menyayangi nia kerana Allah, redha adalah yang terbaik utknya...dan bila ayah angguk setuju dgn permintaan mama, nia sgt tenang ke syurga...itu yang terbaik yang mampu mama n ayah lakukan utk nia...beban rindu ini mama, ayah, kakak dyna, abg muish, tok, tok wan, achik, a u, maklong, paklong, kakak auni, mak nia, nenek, atuk, makngah, ibu iman, ummi aqil, ibu kembar terasa manis kerana Allah...terima kasih menyayangi anakku Nur Rania...nia bukan cinta biasa kita, nia cinta syurga....

Comments

  1. sekalipun tak sampai setahun bersama, kenangan itu akan kekal bertahun2 lamanya sehingga ke akhir usia

    ReplyDelete
  2. al-fatihah! nia yg sgt suci..berbahagia di sana ye nak!mama, ummi doakan mama terus kuat dan tabah..semoga Allah kabulkan planning yg mama citer kat ummi hari tu..aminn ya rabbal alamin..

    ReplyDelete
  3. al-fatihah bt rania...mama memang insan yang bertuah dan terpilih.

    ReplyDelete
  4. maklong: nia tggu kita kat sana...
    ummi: tq ummi,sentiasa dgn mama dan nia...
    ibu ina: yup...Allah pilih mama utk nia, nikmat yang paling agung...

    ReplyDelete
  5. Birthday kembar ibu sambut sederhana sbb ibu kalut dengan kursus. Sambutan buat bidadari syurga pasti sangat indah dan meriah... Happy birthday nia sayang!
    Mama, parut diperut takkan hilang sama seperti ingatan pada nia yang tak akan padam. Ibu pun ada parut yang sama. Nia tetap dihati!
    Al fatihah!

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan..
    1st tyme rai melawat page mama nia...
    takziah n berbnyk kn besbr..nia lahir pd 23/7 ker??same tarikh lahir dgn sye...kalu sudi..lawat la blog sye...smoga kte bley bersahabat...
    http://balqishraihana.blogspot.com...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....