Nur Rania yang mempesona....

syg....Allah ada menjaga membelai syg mama....saat mama terduduk, Allah sentiasa ada utk mama dan nia...Nia mama dalam naungan Ya Rahman...mama akui kerinduan ni blh buat mama hilang diri bila syaitan menggoda itu dan ini...A'uzubillahiminassyaitonirrojim...tidak akan berjaya, Allah bersamaku, bersama anakku...Terima kasih Ya Allah bersamaku saat jahanam 2 menggodaku itu dan ini...

Senyuman, gelak tawa bidadari mama.....sgt indah, sgt tulus...

syg mama....mama perlu sgt kuat, kerana mama adalah mama nia...mama yg setiap hari membisikkan kata2 anak mama sgt kuat dan hebat suatu ketika dahulu....mama perlu sgt kuat kerana lemahnya mama akan menggoyahkan ayah...ayah yg tidak pernah bercerita kerinduan tapi acapkali view image setiap keping gambar anak daranya di handset saban hari....mama perlu sgt kuat kerana kasih tok n tokwan yang tak pernah berbelah bagi pd kita syg...setiap minggu berulang alik ke karak, merindui kesayangan mereka,Nur Rania...mama perlu kuat kerana mama sedar airmata maklong yang xhenti mengalir saat perjuangan kita di icu tempoh hari, saat maklong bergelumang dgn asignmentnya dgn air mata,mama xkan buat maklong mengalah....mama perlu kuat demi achik yang sdg berjuang kerana Allah mencari sumber rezeki halal, mama perlu kuat utk a'u yang baru kenal erti kehidupan, menjadi seseorang, utk keluarga kecil kita ini...mama perlu kuat demi kakak dyna n abg muish yg sgt kasihkan adik nia...walaupun mama xdapat jadi yang terbaik mereka, kasih syg mereka adalah bekalan kekuatan mama...dan  kasih syg nia anak mama yang penuh mempesona inilah kekuatan kami semua, pencinta nia...dan atas segalanya ini, rahmat dan kasih sayang Allah terlimpah di setiap hati2 ini...kerana Allah Maha Pengasih, Allah Ya Azim....mama perlu kuat utk diri mama, kerana mama impikan kebahagiaan syurga mahligai anak mama berada, mama impikan adik2 kakak nia berkongsi, bercerita, merasai dalam hati mereka kasih sayang kakak mereka yg sgt hebat....adik2 kakak nia nanti pasti akan mengenali kakak nia seolah2 mereka pernah bermain bersama, bergurau bersama, belajar mengaji bersama, main pondok2 bersama, kerana kita akan melakukan segalanya bersama di syurga kelak...kita akan  sgt meriah di syurga kelak syg....Ya Rahim, rahmati Nur Raniaku di syurgaMu dgn limpahan kasih sygMu Ya Rabb....

Comments

  1. go mama go!
    mama perlu terus kuat untuk kami yang selalu mendoakan mama terus tabah dan bersemangat...

    ReplyDelete
  2. Mak long masih ingat ketika merakam selawat shifa untuk Rania, penuh getaran... dan di saat akhir waktumu di dunia ini, mak long sempat nyanyikan penawar itu buatmu. dan kini, penawar itu berkekalan buatmu

    ReplyDelete
  3. Assalam Mama Mia...saya Nadia..saya baru sebulan kehilangan anak yg berusia 7 bulan 27 hari ( kembali ke rahmatullah pada 14 Mei 2011)...sudi tak kiranya kita berkongsi cerita mengenai Bidadari Syurga kita?Rindu sangat saat2 bersama Arwah...jika sudi lawatilah blog saya http://arissahanie.blogspot.com/....harapan agar kita sama2 dpt mengurangkan sedikit kesedihan di hati kita...insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. ibu: thanx selalu bersama mama, xpernah tggalkan mama
    maklong: nia sgt bertuah sgt mewah kasih sayang
    nadia: add my fb Rusliana binti Rusle or ym rusliana_kktj@yahoo.com.my, kita pasti byk nk share n bercerita tentang bidadari kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....