Nia mama syg, Allah kita sgt dekat...

syg mama...minggu2 akhir syg mama di ribaan mama, mama kerap bawak syg mama g ofis mama kan...pagi2, mama thumb print, mama bawak syg mama singgah di ofis mama dulu,niat mama nak susukan syg mama dulu sblum hantar syg mama g  umah mak nia...mama pasti susukan syg kat bilik aunt syida kan...2 la bilik  tempat mama mengepam setiap hari, bilik mama tidurkan nia kat atas sofa biru 2,bilik mama susukan nia...dan skrg bilik 2 bilik mama...Allah bagi kat mama sbb saat mama bersama anak mama masih segar di situ... 

hari ni Hari Ibu syg....genap 2 bln syg mama di ribaan Allah...1st time mama celebrate sebagai seorang mama...seronok sgt...walaupun sebenarnya hari-hari adalah hari mama...hari mama kasihkan syg mama adalah setiap hari....hari mama bgtau syg mama betapa mama sgt bersyukur dikurniakan nia juga adalah setiap hari, setiap hari juga mama mengucup nia sepuas2nya, mendoakan yang Allah kurniakan yang terbaik utk anak mama yang penuh pesona juga adalah setiap hari...hari ini, segala kasih, segala sayang, segala rindu, segala doa masih sama seperti hari2 yang  lepas...masa berjalan, tapi mama takkan biar segalanya berubah jadi kenangan..kerana yang paling jauh dgn hidup manusia adalah masa yang telah berlalu yang menjadi kenangan...syg mama bukan kenangan, syg mama sentiasa segar dalam hidup mama setiap hari...sentiasa mama sebut dalam setiap perbualan mama...sentiasa ada menemani mama, sentiasa genggam erat memberi mama semangat,syg mama sgt hebat....syg mama kuatkan ikatan mama dan Allah...terima kasih Ya Rahman atas cinta ini...


dan syg mama, hari ni jgk 1st day achik lapor diri kat tempat keje baru...achik dah berubah status, dari seorang pengasuh berdegree nia,kepada seorang executive...mama tau achik sgt kuat, sbb tgn achik yang mengenjut buai nia menjadikan nia sgt kuat...belaian achik pada nia selama ni menjadikan anak bertuah mama terlimpah kasih sayang...achik pasti kuat menghadapi dugaan bekerja di sana, sbb achik adalah achik nia...kita doakan achik menyempurnakan amanah Allah di company baru 2 sesempurna mungkin disamping menyempurnakan cintanya pd Allah kita, Rasulullah kesayangan kita semua....Ya Allah, sempurnakan cinta kami semua dengan penuh kesabaran mengharungi kerinduan kerana kami idamkan Baitul Hamd di syurgaMu...

Comments

  1. walaupun ibu ngan abg fariq xpernah lagi jumpe nia...tp dari setiap coretan mama..membuatkan kami sangat mengenali nia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....