Nia cinta hati mama n ayah...


Nia mama syg….hari ni 14Mac 2011…anniversary ke2 mama & ayah…2minggu lps mama planning sndiri ke mana mama nk bwk syg mama jln2…14 Mac 2009:saat mama n ayah disatukan…nia belum wujud di dunia ni,mama belum kenal kasih syg seorg anak…14 mac 2010, br seminggu mama pindah ke Phg, Nia 3bln dlm rahim mama, mlm 2 paklong bakar sate kat umah tok, mkn2,sbb mama n anak mama dlm perut tringin mkn sate…mama ingat thn 14 Mac 2011 yg plg bermakna, celebrate dgn cinta hati mama & ayah..tp kuasa Allah,Nia bersamaNya…

Masa mama menaip ni, mama dlm keeta, tggu ayah mendaftar kat OUM Kuantan, mcm yg mama selalu story kat Nia 2, ayah nk masuk sekolah…berat sgt hati mama nk dtg Kuantan smlm…sblum berangkat, mama sggh di tmpat persemadian Nia…terasa spt tggalkan Nia..sdgkan Nia ada dgn mama, mama je yg xnmpk..mama mmg planning nk bwk Nia stay hotel Kuantan ni,nk g swimming pool…Nia dh byk kali g tmpat tanah tggi, tp mama xbwk lg g tepi pantai…nk bwk Nia tdur hotel…ni je yg mama mampu merancang,keindahan dunia sementara syg…mama xsdr anak mama Bidadari, Allah sediakan yg Maha hebat lebih drpd apa yg mama mampu rancangkan…


Mlm td mama g Teluk Cempedak…mama tau niat Paklong Mi ajak 2 nk hiburkan mama,nk buat mama lebih segar,tp mama pergi dgn kekosongan…mama pergi dgn membawa kenangan Nia ada bersama…Nia msti suka tgk lampu byk2…nia msti suka tgk abg Shahid main belon, segalanya kesukaan Nia…mama pujuk hati mama, di syurga segalanya Nia dpt…yg xdpt dinikmati kwn2 Nia kat dunia pun kan…saratnya rindu mama pd Nia…hanya bantal Nia peneman,ke mana pun mama pergi…7 bln tanpa gagal mama mengusung Nia ke mana pun,biar hjn, biar panas, mama tetap bwk Nia,7 hari tanpa Nia ni sgt perit syg…
Ya Allah, kuatkan hati mama,mencintai bidadari itu anugerah plg indah dlm hidup…xsbr bertemunya di Syurga,mama perlu siapkan diri bertemu Nia nanti…mencintai Nia,mendekatkan mama dgn Allah,Nia di jaga Allah….

Comments

  1. kita hanya merancang kan mama, tapi ALlah yang tentukan...
    tapi mama jangan risau, rancangan ALlah pada mama dan ayah pasti lebih hebat.
    Mama sabar dan yakin saja, apa yang Allah buat ni untuk kebaikan mama dan nia...
    tanam dalam hati mama, Allah merancang sesuatu yang lebih hebat dan berganda untuk kegembiraan mama dan ayah jika bersabar dan tabah dengan semua ujian-Nya...
    tabahkan hati mama ekkk walaupun berat mata ibu memandang, ibu tahu berat lagi hati mama yang menanggungnya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Masa kualiti bersama anak.. Cubaan memancing

Trick bila anak tak suka makan sayur.

Menjahit langsir adalah terapi. Very me....